Dah lame sangat rasanya tidak mengemaskini (update) blog dalam Bahasa Melayu. Sebelum BM saya bertambah karat, molek lah kiranya saya menulis sedikit di dalam bahasa ibunda saya. Semenjak saya menetap di rantauan, saya telah belajar menjadi manusia yang lebih berjimat. Misalnya, saya pergi keje dengan hanye berjalan kaki (maklumlah, saya masih belum memiliki kenderaan sendiri), dan saya bawa bekal untuk makan tengahari. Kalau dahulu semasa saya menetap di tanahair, setiap hari saya perlu memandu untuk ke tempat kerja, dan waktu makan pula, sudah menjadi kewajiban membeli di kedai makan sahaja. Pada ketika itu, langsung tidak terlintas untuk membawa bekal. Bukan setakat makan tengahari yang saya beli di gerai, malah boleh dikatakan untuk setiap sajian (meal) sehari-hari, dibeli di gerai. Sungguh jarang sekali saya memasak di rumah. Tapi sekarang, amat jarang sekali saya membeli makanan dari gerai, sebaliknya saya lebih selesa makan makanan yang saya masak sendiri. Bukan sahaja boleh berjimat, tetapi juga lebih yakin dengan tahap kebersihan penyediaaan makanan tersebut.
p/s: seksanya nak siapkan satu perenggan yang betul tatabahasanya (grammartically correct) dalam bahasa ibunda sendiri. I should be ashamed of myself.
No comments:
Post a Comment