Pages

Tuesday, May 24, 2005

Sebak

KOTA BHARU: ‘Mana abah...mana mama?’ itulah soalan sering ditanya oleh Muhammad Aiman Firdhaus Rozlan sejak dia dan dua abangnya menjadi yatim piatu apabila ibu bapa, kakak serta adik bongsu mereka terkorban dalam nahas jalan raya awal pagi kelmarin.
Bace jek headline ni, dadaku jadi sebak mengenangkan nasib si anak yang masih kecil yg harus melalui hari2 mendatang tanpa ibu & ayah tercinta. Kepada siapa agaknya selepas ini untuk mereka menumpang kaseh, tiada lagi tempat bermanja. Inilah yang dikatakan ujian Allah, tidak mengenal usia, pangkat & darjat...setiap hambaNya harus menempuhi dugaan yg telah ditetapkan olehNya. Tetapi hati kecilku terus berkata, "Anak itu maseh terlalu mentah untuk melalui ujian yg sebegitu besar, kehilangan ibu & ayah sekaligus. Ya Allah, tabahkan hati & cekalkan semangat si anak bersama abangnya menempuh dugaan mu, ya Allah".
Anak kecil itu sebaya dengan anak sulungku, Muhd Azhan yang baru mencecah usia 4 tahun 2 bulan lepas. Setiap hari aku bermohon kepada Allah agar dipanjangkan usia ini supaya dapat aku besarkan anak2 ku, An & Nain di bawah jagaan ku sendiri. Hidupku dengan suami tidaklah semewah mana, tetapi anak2 lah penguat semangat aku & suami bagi menempuh hidup yang penuh getir ini.

No comments: